Showing posts with label Bola Sepak ATM. Show all posts
Showing posts with label Bola Sepak ATM. Show all posts

Tuesday, 7 May 2013

Go ATM Go...


TAJ: “Saya perlu berada pada prestasi terbaik untuk mengekang Nunez”

KEJAYAAN menundukkan T-Team minggu lalu meletakkan Angkatan Tentera Malaysia kembali pada landasan memburu gelaran Liga Super buat julung kalinya musim ini.
ATM yang kini mengekori Lions XII dengan satu mata boleh meneruskan buruan terhadap pendahulu dengan pungutan tiga mata menentang Johor Darul Takzim malam ini di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.
Pertembungan sebelum ini berakhir 2-2 di Stadium Larkin dengan pertahanan tengah, Amiridzwan Taj Tajudin menjaringkan gol sulungnya buat ATM dalam persembahan yang menobatkannya sebagai pemain terbaik perlawanan.
“Saya masih ingat jaringan itu, yang pertama saya buat ATM ketika berdepan Johor Darul Takzim sebelum ini. Selain menjaringkan gol sulung, saya turut dinobatkan sebagai pemain terbaik perlawanan.
“Ia adalah tugas sukar berdepan Johor yang dibarisi ramai pemain bintang, tetapi ATM turut memilki barisan bintang tersendiri,” kata pemain tinggi lampai berusia 26 tahun itu.
Pemain kebangsaan itu turut mengakui dirinya perlu berada pada tahap prestasi terbaik untuk mengekang asakan pemain import baru, Leonel Nunez dari Argentina dan Andrezinho dari Brazil.
Sejak masuk menggantikan wira Euro 2008 buat Sepanyol, Daniel Guiza pada tempoh perpindahan, penyerang bertubuh gempal, Nunez sudah menjaringkan tiga gol dalam dua perlawanan.
“Saya akui, saya perlu berada pada tahap terbaik untuk mengekang Nunez yang berada pada tahap prestasi terbaik sejak menyertai Johor. Kami tidak boleh sesekali leka seandainya tidak mahu berdepan nasib sama seperti Selangor dan Pahang sebelum ini,” tambahnya.

Tuesday, 30 April 2013

With ATM Player


With my fav bola sepak team. Pic ni kat hotel Grand Riverview Kota Bharu Kelantan. Malam sebelum game dorang lawan Kelantan. 13042013 yang mana first time Kelantan kalah di tempat sendiri..Cayalah!

With Si Hidung Pacak



MALAYSIA tetap di hati Bruno Martelotto yang kembali

 melepaskan rindunya selepas berkelana 7 tahun

Pemain Argentina itu yang kini berusia 29 tahun diingati atas kecemerlangannya membentuk gandingan hebat bersama rakan senegaranya, Juan Manuel Arostegui ketika menjulang pasukan MPPJ ke gelaran Piala Malaysia pada 2003, seterusnya mencipta sejarah menjadi kelab pertama untuk merangkul piala keagungan bola sepak tanah air.
Ketika itu, Martelotto menjadi pencetus kepada sebahagian besar daripada 50 jaringan Arostegui dalam semua kejohanan sepanjang musim dan kini sentuhan kreatifnya di barisan tengah ditagih penyerang tinggi lampai St Vincent, Marlon Alex James di barisan hadapan.
“Selepas meninggalkan Malaysia, saya berkelana ke Chile untuk beraksi dengan tiga kelab di sana. Saya kembali ke Malaysia selepas menerima nasihat daripada pengurus saya mengenai tawaran di sini.
“Saya kembali ke sini kerana pasukan ini memiliki potensi yang besar. Pasukan ini memiliki segala ramuan untuk muncul juara.
“Saya berada di Malaysia pada musim 2003 hingga 2004 dan meledakkan 14 gol kesemuanya. Ketika itu, saya masih bujang tetapi saya kini sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak.
Memasuki 3 perlawanan, Bruno masih menantikan jaringan pertamanya, namun dia tidak terlalu gusar memandangkan rakan sepasukannya seperti Marlon Alex James, Zaquan Adha Abd Radzak, Hairuddin Omar dan Christie Jayaseelan memainkan peranan untuk meledakkan 9 gol dalam permulaan memberangsangkan ATM awal musim ini.
“Saya tidak terlalu bimbang gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan ini kerana yang penting adalah untuk membantu rakan sepasukan saya meraih kemenangan.
“Mungkin giliran saya selepas ini untuk menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya menentang Sime Darby esok,” katanya.