Tuesday, 30 April 2013

With Si Hidung Pacak



MALAYSIA tetap di hati Bruno Martelotto yang kembali

 melepaskan rindunya selepas berkelana 7 tahun

Pemain Argentina itu yang kini berusia 29 tahun diingati atas kecemerlangannya membentuk gandingan hebat bersama rakan senegaranya, Juan Manuel Arostegui ketika menjulang pasukan MPPJ ke gelaran Piala Malaysia pada 2003, seterusnya mencipta sejarah menjadi kelab pertama untuk merangkul piala keagungan bola sepak tanah air.
Ketika itu, Martelotto menjadi pencetus kepada sebahagian besar daripada 50 jaringan Arostegui dalam semua kejohanan sepanjang musim dan kini sentuhan kreatifnya di barisan tengah ditagih penyerang tinggi lampai St Vincent, Marlon Alex James di barisan hadapan.
“Selepas meninggalkan Malaysia, saya berkelana ke Chile untuk beraksi dengan tiga kelab di sana. Saya kembali ke Malaysia selepas menerima nasihat daripada pengurus saya mengenai tawaran di sini.
“Saya kembali ke sini kerana pasukan ini memiliki potensi yang besar. Pasukan ini memiliki segala ramuan untuk muncul juara.
“Saya berada di Malaysia pada musim 2003 hingga 2004 dan meledakkan 14 gol kesemuanya. Ketika itu, saya masih bujang tetapi saya kini sudah berkahwin dan memiliki dua orang anak.
Memasuki 3 perlawanan, Bruno masih menantikan jaringan pertamanya, namun dia tidak terlalu gusar memandangkan rakan sepasukannya seperti Marlon Alex James, Zaquan Adha Abd Radzak, Hairuddin Omar dan Christie Jayaseelan memainkan peranan untuk meledakkan 9 gol dalam permulaan memberangsangkan ATM awal musim ini.
“Saya tidak terlalu bimbang gagal menjaringkan gol dalam tiga perlawanan ini kerana yang penting adalah untuk membantu rakan sepasukan saya meraih kemenangan.
“Mungkin giliran saya selepas ini untuk menjaringkan gol dalam perlawanan seterusnya menentang Sime Darby esok,” katanya.

No comments:

Post a Comment