Sunday, 17 February 2013

Bila la nak masuk senarai ni...hehehe

Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web Nasional Orang terkaya Malaysia: 31 bilionair, Syed Mokhtar kekal tangga ke-5 Oleh:                  Tarikh: February 16, 2013 KUALA LUMPUR - Robert Kuok, hartawan Malaysia yang berpangkalan di Hong Kong masih merupakan orang terkaya di Malaysia dengan kekayaan bernilai RM46.1 bilion, meningkat sebanyak 0.88 peratus daripada RM45.7 bilion tahun lepas, diikuti oleh ahli perniagaan Ananda Krishnan dan Pengerusi/CEO Public Bank, Tan Sri Teh Hong Piow. Ananda, yang menduduki tempat kedua sejak 2004, telah mengalami penyusutan kekayaan terbesar apabila ia merosot 23.5 peratus dari tahun lepas, dengan aset yang dipegang melalui Usaha Tegas Sdn Bhd bernilai RM32.90 bilion setakat tarikh pengiraan pada 18 Januari, 2013. Teh, mengekalkan kedudukannya bagi tahun ketiga berturut-turut dengan aset bernilai RM13.73 bilion, demikian menurut Malaysian Business, majalah perniagaan perdana Malaysia dalam terbitan 16 Februari. Ia berkata kekayaan tergabung 40 individu terkaya Malaysia itu meningkat sedikit tahun ini meskipun dalam keadaan pasaran modal yang turun naik dan tidak menentu. Secara kolektif, 40 orang terkaya Malaysia itu bernilai RM194.86 bilion pada 18 Januari. Ini merupakan peningkatan kecil sebanyak 0.86 peratus berbanding RM193.2 bilion setahun lalu. Semasa Malaysian Business mula-mula menilai kekayaan 40 individu terkaya Malaysia pada 2002, aset tergabung mereka berjumlah RM41.7 bilion dan Robert Kuok Hock Nien muncul pada kedudukan teratas. Majalah itu berkata keempat dalam senarai itu ialah Tan Sri Quek Leng Chan, yang melonjak daripada kedudukan keenam tahun lepas, menggantikan Tan Sri Lee Shin Cheng dari IOI Group, yang turun ke tempat keenam. Kekayaan Quek, melalui syarikat utamanya, Hong Leong Group dan Guoco Group, bernilai RM11.09 bilion tahun ini. Tan Sri Syed Mokhtar Albukhary mengekalkan kedudukan kelimanya tahun ini dengan kekayaan berjumlah RM10.60 bilion, meningkat daripada RM9.53 bilion tahun lepas. Tan Sri Lee Shin Cheng, melalui syarikatnya, IOI Group, turun dari kedudukan keempat pada 2012 ke tempat keenam dengan aset bernilai RM10.56 bilion. Pengerusi Genting Group, Tan Sri Lim Kok Thay, dan ibunya, Puan Sri Lee Kim Hua, masing-masing masih pada kedudukan ketujuh dan kelapan. Kekayaan Lim bertambah 7.06 peratus kepada RM8.12 bilion manakala Lee menambah kekayaannya sebanyak 9.82 peratus kepada RM7.23 bilion. Tan Sri Tiong Hiew King, melalui jenteranya, Rimbunan Hijau Sdn Bhd, berada di tempat kesembilan tahun ini dengan aset bernilai RM6.35 bilion, susut 1.01 peratus daripada kekayaannya tahun lepas. Melengkapi senarai 10 terkaya ialah jutawan harta yang berpangkalan di Singapura, Ong Beng Seng, melalui Hotel Properties Ltd, dengan kekayaan berjumlah RM4.02 bilion, setelah mengalami penyusutan sebanyak 18.36 peratus daripada tahun lepas. Malaysian Business berkata satu hakikat menarik ialah sejak 2002, seramai 81 tikun telah menyertai senarai 40 Orang Terkaya Malaysia dan daripada jumlah itu, 15 berjaya terus kekal dalam senarai. Keseluruhannya, peningkatan kukuh kekayaan hartawan-hartawan ini boleh dikaitkan dengan prestasi pasaran saham dan inflasi harga, memandangkan sebahagian besar kekayaan mereka adalah berdasarkan pegangan saham masing-masing. Ia juga mencerminkan prestasi syarikat mereka dan pertumbuhan positif ekonomi Malaysia dalam 12 tahun lalu. Bagi tahun ini, ada 31 bilionair – bertambah seorang lagi sejak tahun lepas - dan 23 daripada 40 orang dalam senarai itu menyaksikan aset mereka meningkat daripada tahun lepas. Daripada seramai ini, 14 mencatatkan pertumbuhan lebih daripada 10 peratus. Senarai itu juga mencatat tiga pendatang baharu. Datuk Desmond Lim dari Pavilion REIT muncul kali pertama dalam senarai itu pada tempat ke-15, dengan kekayaan bernilai RM1.869 bilion. Dua lagi, Datuk Tan Heng Chew dari Tan Chong Motors Holding dan Tan Sri Kua Sian Kooi dari KSK Group, memasuki semula senarai itu, masing-masing pada tempat ke-37 dan ke-40. Senarai penuh 40 tikun dan perincian kekayaan masing-masing disiarkan dalam majalah itu. Ia juga memaparkan senarai 10 tikun terkaya dalam Pasaran ACE. Seperti pada tahun-tahun lepas, kekayaan 40 individu dalam senarai itu dinilai berdasarkan pegangan kepentingan masing-masing dalam syarikat-syarikat tersenarai pada 18 Januari. Malaysian Business diterbitkan oleh Berita Publishing Sdn Bhd. - Bernama Share on gmail Share on linkedin Share on facebook Share on twitter More Sharing Services 9 Utama Nasional Politik Edisi Semasa Bisnes Global Hiburan Sukan Karya Wawancara Arkib Laman Web Syarat & Penafian | Pengiklanan | Hubungi Kami | Kerjaya Resolusi terbaik pada 1024 x 768 ©2012 | Hakcipta Terpelihara Grup Digital Karangkraf

Friday, 15 February 2013

Layan hero tuaku bruce willis

Ermm...duk umah je layan dvd hero tuaku die hard 1 ngan die hard 4 SORANG SORANG sambil layan anak2 buat keje sekolah sambil lipat kain sambil mcm2 la....errmmm nak cari gak la geng nak duduk minum2 makan2..bert-t ke...xpela...kita ni sapa

Wednesday, 13 February 2013

RIP my hero...Brian O'Conner @ Paul Walker....Sequel yg aku minat juga....fast n furious

The Fast And The Furious (2001)

An undercover cop infiltrates an underworld subculture of Los Angeles street racers looking to bust a hijacking ring, and soon begins to question his loyalties when his new street racing friends become the prime suspects.


2 Fast 2 Furious (2003)
Former cop, Brian O'Conner is finally arrested after letting his leader escape the law. To avoid the consequences, he must now work with an old college friend and help the police arrest a local drug exporter.

The Fast And The Furious: Tokyo Drift  (2006)
Alabama teenager Sean Boswell becomes a major competitor in the world of drift racing after moving in with his father in Tokyo to avoid a jail sentence in America.

Fast & Furious (2009)

Brian O'Conner, now working for the FBI in LA, teams up with Dominic Toretto to bring down a heroin importer by infiltrating his operation.
Fast Five (2011)
Dominic Toretto and his crew of street racers plan a massive heist to buy their freedom while in the sights of a powerful Brazilian drug lord and a dangerous federal agent.

Fast & Furious 6 (2013)

Agent Hobbs enlists the aid of Dom and team to help bring a rival gang, led by Owen Shaw, to justice. In exchange for clear records, they must put an end to their schemes, no matter how personal the cost.


Tuesday, 12 February 2013

Sequel yang aku suka....semua best

DIE HARD (1988)
John McClane, officer of the NYPD, tries to save wife Holly Gennaro and several others, taken hostage by German terrorist Hans Gruber during a Christmas party at the Nakatomi Plaza in Los Angeles.
DIE HARD 2 (1990)
John McClane, officer of the LAPD and hero of the Nakatomi Hostage Crisis, attempts to avert disaster as rogue military officials seize control of Dulles International Airport in Washington, D.C.
DIE HARD - FUN WITH A VENGEANCE (1995)
John McClane and a store owner must play a bomber's deadly game as they race around New York while trying to stop him.
DIE HARD - LIVE FREE OR DIE HARD (2007)
John McClane takes on an Internet-based terrorist organization who is systematically shutting down the United States.
DIE HARD 5 - A GOOD DAY TO DIE HARD (2013)
John McClane travels to Russia to help out his seemingly wayward son, Jack, only to discover that Jack is a CIA operative working to prevent a nuclear-weapons heist, causing the father and son to team up against underworld forces.

Wednesday, 6 February 2013

Dapur Deco



member share pic dapur yg cantik sangat...blh bg ide ni nak deco2 dapur

Tuesday, 5 February 2013

Kereta Idaman 2013

www.honda-malaysia.com
Salam pagi selasa...ini adalah kereta idaman ku sekarang...sampai termimpi - termimpi

Sunday, 3 February 2013

Trip to Sabah 310113-020213

Lama xciter apa-apa kat blog ni coz semua berjalan spt biasa..baru-baru ni saya g trip ke sabah with my hubby n my best friend hazila ngan hubby dia...ala2 honeymoon la coz xpenah g honeymoon pun sejak kahwin dan berdua je tanpa anak2...anak2 prefer g water theme park..jalan2 camni dorang sure boring coz dorang kecik lagi..pagi khamis naik flight AK5108 07:55 pagi..touch down kul 10..dan en asmat pemandu pelancong merangkap driver from syemu-syemu holiday dah sedia menunggu...perjalanan merangkap pengembaraan pun bermula..wah..we all straight to kundasang yg makan masa dalam 2 jam dan banyak lori..then we all singgah kat Rumah Terbalik..cute je..masuk dlm umah but no camera allowed...luar je..kete pun terbalik..hehehe

Rumah Terbalik
 Then..we all g ke Jambatan Tamparuli....adoii..saya dah la gayat..tapi dah ternaik dan kete pun dah g seberang jambatan...nak xnak teruskan menyeberang...dgn lutut ketar dan mata buka sikit2..laju je berjalan..hubby ngan kawan2 rileks jer...huhuhu

Jambatan Gantung Tamparuli
Next, we all singgah ke Pekan Nabalu..wah..dengan hujan renyai jap lebat jap..menikmati pemandangan gunung kinabalu yang berkabus...kat sini juga banyak jual brg2 kraftangan dan baju2 utk souvenier...Gambar2 kedai2 xde coz hujan dah makin lebat..
Pekan Nabalu
 Then, next stop we all check in kat Kundasang Pine Resort..wah..sini punya view lagi cantik ma....sejuukkkkk....bercakap pun kuar wap..bilik G2..no need aircond..kipas also...xtahan sejuk.....sayur pun fresh..
Kundasang Pine Resort
Kundasang Pine Resort Waktu Pagi
Hari Kedua..after breakfast check out terus gerak ke Sungai Moroli, Kampung Luanti, Ranau..nak tgk 'Tagal'..tapi tempat tu tutup coz hujan lebat mlm seblmnya so bahaya nak tgk tpt ikan tu...then we all g ladang teh sabah...wah indahnya pemandangan kat sini..pokok tea renek2 la...sejukje..then we all minum la sekejap...mcm kat cameron...then shopping teh sabah la...
Ladang Teh Sabah

Next, we all gerak ke Poring Hot Springs, Ranau...sini macam2 ada...sorry to say..saya gagal utk xtvt canapoy walk..huhuhu..coz saya ni gayat...masalah betul..so hubby ngan zila ngan husband dia je naik...lama gak tunggu dorang turun..coz hujan jap lebat jap berhenti...so xleh citer la xperience nyer..then rendamkan kaki kat kolam air panas je.,...yg lain xsempat coz nak kejar masa...



Poring Hot Springs

Then, we all gerak ke Desa Castle (Ladang Tenusu, Mesilau)..sini pun menarik...view gunung kinabalu lg..tgk cara pam susu lembu dan belila susu segar sikit...next xjauh dr desa castle...singah War Memorial Park tapi dah tutup...so we all terus ke Kinabalu Park...taman dah tutup..we all singgah ke exhibition wall sabah je..after that terus ke KK utk check in kat Api-Api Apartment...sampai around kul 8.30..penat tul..jalan berkabus..ngan hujan lagi...corner2 lagi...fuh..bahaya betul...risau je....then g makan kat Philipine Market..balik lalu pasar malam beli2 souvenir sikit...

Desa Castle
Kinabalu Park
Hari ke3...pagi2 we all naik teksi executive pak cik rahim... ke Jesselton Park utk naik bot ke Pulau Mamutik ngan Pulau Manukan utk xtvt snorkeling...cantik betul air kat pulau mamutik...clear je..byk coral...then pulau manukan air xclear sikit tapi xbyk coral...kaki zila luka terpijak coral...sian hazila...xpuas snorkel lg tapi terpaksa gerak ke jeti coz kena bersiap2 nak checkout sblm kul 4...huhuhu.....gerak ke terminal 2 kk utk flight AK5133 pukul 18.30...landing kul 9..
Pulau Mamutik Pulau Manukan

Itu je la kisah percutian saya ngan hubby tersayang serta kawan baik saya hazila ngan suaminya...alhamdulillah...segala nya berjalan lancar...dan insya allah saya akan kembali lagi ke sabah....